Fitnah #JDT – Portal Bakal Di Ambil Tindakan

Fitnah #JDT – Portal Bakal Di Ambil Tindakan

Johor Bahru 11 Jun – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana portal berita dan laman tidak rasmi yang menyebarkan fitnah dan sengaja mensensasikan cerita tidak sahih berkaitan pasukan terbabit.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers, Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Fahmy Yahya, berkata pihaknya sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas portal dan laman web yang berterusan menyiarkan berita tidak benar.

“Ada portal dan laman tidak rasmi yang sering menyebarkan fitnah yang boleh menggugat ketenteraman beberapa pihak contohnya sebaran artikel mengenai seorang penjaga gol dengan kelab JDT.

“Cerita yang tidak berfaedah ini boleh membawa kepada ketidaksenangan orang ramai dan penyokong serta tanggapan negatif kepada pihak yang terbabit,” katanya.

Tindakan itu diambil dipercayai susulan laporan sebuah portal berita tempatan yang menyatakan penyandang juara Liga Super itu berhasrat memancing khidmat penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim untuk menggantikan Farizal Marlias yang digantung daripada sebarang aksi untuk tempoh 12 bulan.

 

 

(Visited 87 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com