@Zahid_Hamidi Ke Johor

Zahid Ke Johor

Negeri Johor menjadi destinasi kesepuluh jelajah program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam semalam.

Program tersebut yang dijalankan di Masjid Al-Mizan Kempas menyaksikan 30 orang anak yatim dan 70 asnaf diraikan.

Majlis bermula dengan jamuan berbuka puasa sebelum solat maghrib berjemaah.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri kemudiannya bergerak ke Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn untuk solat isyak, terawikh dan bersama jemaah lain menikmati jamuan moreh.

Kira-kira 1,500 tetamu yang menghadiri program anjuran Kementerian Dalam Negeri tersebut.

Turut hadir termasuklah Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Negeri Johor Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

(Visited 104 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66