Tiada Siapa Yang Akan Terlepas – @HishammuddinH20

Tiada Siapa Yang Akan Terlepas – @HishammuddinH20

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang menunggu laporan siasatan daripada Lembaga Penyiasatan Khas yang ditubuhkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyiasat punca sebenar dan mengenal pasti individu terlibat dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hishammuddin berkata lembaga tersebut yang akan dipengerusikan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor akan melaporkan hasil siasatan mereka terus kepadanya.

Selain itu, sistem Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) termasuk aspek keselamatan dan akan dinilai semula atas arahan Hishammuddin.

“Saya juga telah meminta semua pihak yang terlibat termasuk ATM agar memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang melaksanakan siasatan.

“Tiada siapa yang akan terlepas jika didapati bersalah,” tegas beliau.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menggesa mana-mana pihak untuk tidak mengeksploitasi isu ini demi kepentingan peribadi.

“Ia termasuklah menabur fitnah serta mengesyorkan tindakan berteraskan nasfu dan hasad dengki terhadap pensyarah, kepimpinan tertinggi universiti atau mana-mana individu tanpa sebarang justifikasi kukuh dan bersifat sembrono.

Terdahulu, Hishammuddin dan beberapa pegawai tertinggi berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham Zulfarhan di Bandar Baru Uda untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan.

“Selain itu, dalam masa terdekat, ahli keluarga Allahyarham turut bakal menerima sumbangan berbentuk insurans kelompok, ganjaran terbitan dan pencen terbitan setiap bulan.

“Sumbangan ini akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan apabila proses dokumentasi selesai,” katanya.

Zulfarhan, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66