JCorp Bantu Belia Bumiputera Mulakan Perniagaan Berskala Besar

JCorp Bantu Belia Bumiputera Mulakan Perniagaan Berskala Besar

Johor Corporation (JCorp) terus komited dalam usaha membantu usahawan Bumiputera terutamanya golongan belia untuk mengukuhkan ekonomi perniagaan mereka kata Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi JCorp berkata, pembinaan 30 kilang bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang adalah bukti JCorp merealisasikan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing.

“Usaha ini bermatlamat bagi membantu Bumiputera untuk memulakan perniagaan berskala lebih besar termasuk menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar sekaligus melahirkan lebih banyak penggiat industri Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang IKS Bumiputera dan berbuka puasa di Pasir Gudang, di sini pada Rabu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad, Presiden merangkap Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr. Hafsah Hashim, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim.

Kilang-kilang yang bakal dibina itu terletak di kawasan seluas 1.9 hektar dan dijadual siap pada tahun hadapan dengan keluasan bagi unit standard adalah 2,729 kaki persegi.

Projek yang bernilai RM30 juta ni dibiayai oleh geran daripada kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan.

Dalam majlis itu juga turut diadakan penyerahan sumbangan Ramadhan kepada golongan asnaf oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

(Visited 135 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66