Bakti Santuni OKU Melalui Program Semai Bakti

Bakti Santuni OKU Melalui Program Semai Bakti

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga isteri-isteri (Bakti) hari ini menganjurkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Majlis yang berlangsung di Taman Pelangi Indah, di Ulu Tiram hari ini disempurnakan Datin Rosni Omar yang juga merupakan Yang DiPertua JUITA mewakili Datin Paduka Rosmah Mansor Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti.

Program tersebut bertujuan meraikan golongan istimewa ini yang sebelum ini tidak mendapat perhatian sewajarnya dari sesetengah pihak yang kurang prihatin.

Antara sumbangan yang diberikan termasuklah duit raya dan juga pakaian hari raya.

Program Semai Bakti merupakan acara tahunan Bakti setiap kali tibanya Ramadan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

300 pelatih PDK dari seluruh negeri Johor menerima manfaat dari program tersebut hari ini.

Sementara itu, seramai 150 orang penyelia PDK dan juga 40 sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menerima sumbangan peribadi berbentuk duit raya.

 

(Visited 111 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com