Transformasi Johor Selari Visi Dan Cita-Cita Sultan – @KhaledNordin

Transformasi Johor Selari Visi Dan Cita-Cita Sultan – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia dan Johor khususnya seharusnya berbangga dengan projek The Astaka @ 1 Bukit Senyum yang bakal menjadi menara kediaman tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin berkata projek yang terletak di dalam kawasan projek One Bukit Senyum itu akan dicemburui bandar-bandar lain.

“Pelan Transformasi kerajaan negeri mahu menjadikan Johor Bahru sebagai bandar metropolis yang bertenaga, berbudaya dan mampan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Astaka Holdings kerana menjadi pemangkin kepada perubahan ini,” Mohamed Khaled berkata dalam ucapannya dalam majlis menyempurnakan acara ‘topping-up’ projek The Astaka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Permas itu, Johor sedang dalam proses transformasi yang selari dengan visi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk pembangunan negeri.

“Tidak ada wilayah ekonomi lain di Malaysia yang memperolehi sokongan kuat kerajaan negeri dan membuat perancangan teliti seperti kita.

“Sejak blueprint Iskandar Malaysia diperkenalkan pada tahun 2006, negeri kita semakin dikenali,” katanya.

Mohamed Khaled berkata sehingga Jun lalu, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk bernilai lebih dari RM220 bilion.

“Yang terbaru, syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco umumkan pelaburan bernilai US$7 bilion di projek RAPID Petronas di Pengerang.

“Kejayaan ini menggambarkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap potensi Johor untuk menjadi wilayah ekonomi yang teguh.”

Beliau menambah visi ini tidak akan berjaya dikecapi tanpa sumbangan dari perniagaan-perniagaan tempatan seperti Astaka Holdings Limited yang membangunkan projek The Astaka.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga akan berpindah ke pejabat barunya di One Bukit Senyum pada tahun 2019 nanti.

(Visited 45 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This