Belia Persiap Diri Dan Ikuti Perkembangan Dunia – @KhaledNordin

Belia Persiap Diri Dan Ikuti Perkembangan Dunia – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU: Ekonomi dan golongan belia merupakan dua entiti penting yang bakal menentukan sama ada Johor akan menjadi kuasa ekonomi di Selatan dan sebuah negeri maju.

Demikian menurut Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin yang juga turut menamakan tiga cara untuk negeri Johor mencapai sasaran tersebut.

Mohamed Khaled berkata masa depan ekonomi negara seharusnya dipacu oleh golongan belia dan bukan sekadar melibatkan diri dalam sektor tersebut.

“Misalnya, dengan tampil dan terlibat aktif membantu kerajaan secara serius dan langsung dalam membuat polisi yang berkesan, yang lebih mesra-belia dan memenuhi keperluan ekonomi belia sendiri.

“Jika tidak, segala inisiatif dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pastinya akan bersifat ‘futile’ dan tidak akan mendatangkan hasil yang optimum,” kata Mohamed Khaled dalam ucapannya ketika merasmikan Forum Ekonomi Belia Johor 2017 anjuran Yayasan Sultanah Fatimah.

Perkara kedua yang digariskan oleh Mohamed Khaled ialah ekonomi belia mestlah bersifat global selari dengan perkembangan dunia.

“Namun, untuk menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi jenama global ia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Golongan belia mesti mendepani ekonomi hari ini dengan beberapa persiapan. Misalnya pertama, peningkatan kemahiran dan daya saing diri. Perkara ini adalah satu syarat mutlak yang tidak boleh diketepikan.”

Beliau turut menekankan kepentingan jaringan ‘networking’ dan kepentingan ‘mentoring’ kepada belia serta pembaharuan yang praktikal dengan era semasa.

Perkara terakhir yang digariskan Mohamed Khaled ialah supaya ekonomi belia dipacu oleh teknologi dan inovasi.

Program tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Wee merupakan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor manakala Tee adalah timbalannya.

Yayasan Sultanah Fatimah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan khusus untuk masyarakat Tionghoa.

Mohamed Khaled turut berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta kepada yayasan tersebut menerusi Bajet Johor 2017.

“Dan saya difahamkan sebanyak RM1 juta dana ini telah dimanfaatkan menerusi usaha memupuk pembangunan usahawan muda.

“Jadi, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Tee yang telah menjayakan inisiatif ini,” katanya lagi.

(Visited 65 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66