Majlis Berbuka Puasa Hotel Granada Johor Bahru Bersama Anak-Anak Istimewa

Hotel Granada Johor Bahru menyambut Ramadan tahun ini dengan 80 kanak-kanak dari 2 organisasi kebajikan – Persatuan Insani Darul Takzim dan Persatuan Cerebral Palsy Johor. Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat pengangkutan, Causeway Link yang menyediakan kenderaan bagi membawa anak-anak yatim dan guru-guru ke majlis berkenaan.

Acara ini telah diadakan pada 2 Jun 2017 di Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru. Terdapat kira-kira 50 anggota daripada pihak pengurusan hotel yang berinteraksi dengan kanak-kanak yang diraikan.

“Majlis ini merupakan kali kelima berturut-turut dilangsungkan di hotel kami and kami teramat bersyukur sebab dapat mengambil kesempatan ini untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan anak-anak yatim, tidak kira bangsa atau agama,” kata Encik Adrian Ng, Pengarah Operasi, Hotel Granada Johor Bahru. “Kami telah menyumbangkan sejumlah besar terhadap program ini termasuklah keperluan harian mereka, di mana kami percaya akan lebih bermakna dan kami berharap ini boleh memberikan mereka keselesaan yang lebih baik sedikit dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Selain menganjurkan pelbagai sajian buffet Ramadan untuk kanak-kanak dan keperluan harian, setiap kanak-kanak juga telah menerima paket “Duit Raya”, sumbangan ikhlas daripada Care Luxury Hotels & Resorts, SIS Logistics Sdn Bhd, dan JohorTimes™. Suasana acara bertambah meriah dengan persembahan 2 piece live band, penampilan khas oleh 501st Legion dalam kostum Star Wars, dan juga Angry Birds bagi menghiburkan kanak-kanak yang diraikan pada malam itu.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 198 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66