Kelabu Warna Tema Pilihan Zulfarhan di Aidilfitri

Kelabu Warna Tema Pilihan Zulfarhan di Aidilfitri

Allahyarham memilih warna kelabu sebagai warna tema keluarganya tahun ini malah telah membeli sepasang baju Melayu untuk dirinya.

Namun begitu, Zulfarhan Osman Zulkar­nain, 21, tidak sempat untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta apabila beliau terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.



“Saya kehilangan anak sulung pada bulan Ramadan ini tetapi saya kena menerima takdir, walaupun dengan hati yang berat,” kata ibu kepada pegawai kadet laut tersebut Hawa Osman, dipetik di dalam The Star Online.

Zulfarhan, mahasiswa tahun akhir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, pada Khamis malam.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan polis juga menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi membantu siasatan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada Jumaat.

(Visited 181 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.