The Star Tidak Serik – Jolok Sarang Tebuan Kali Ke 3 – @TPJ1

THE STAR TIDAK SERIK – JOLOK SARANG TEBUAN KALI KE 3

Johor Bahru 29 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat hari ini menggesa kerajaan untuk menggantung penerbitan The Star berikutan berita muka depan akhbar itu pada 28 Mei 2017 dengan tajuk “Malaysian Terrorist Leader”. 

Tindakan The Star memaparkan berita berkenaan pengganas bersama-sama gambar umat Islam sedang menunaikan solat sunat tarawih adalah satu tindakan yang sangat melampau. Penerbitan di paparan muka depan akhbar itu seolah-olah cuba mengaitkan umat Islam di negara ini dengan aktiviti pengganas adalah suatu bentuk hasutan.

Beliau juga meminta pemilik The Star merombak pengurusan editorial semasa akhbar itu supaya lebih berhati-hati menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam di masa hadapan.

Datuk Tengku Putra menegaskan The Star telah mengganggu keharmonian kaum di negara ini dan tindakan mereka telah mencetuskan kemarahan umat islam.

“The Star telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Tiada lagi surat tunjuk sebab perlu diminta. Mereka (The Star) perlu di ambil tindakan yang tegas. Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah bidang kuasanya tanpa berbelah bagi, jangan dibiar mereka-mereka yang cuba memperkotak-katikkan umat islam dan agama islam itu sendiri.

“Apa-apa bentuk tindakan yang akan diambil perlu mengikut lunas undang-undang negara demi keharmonian semua pihak walaupun ianya berisiko,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada bulan Ogos 2011, The Star telah menyiarkan iklan mengenai “best rib in town” di mukasurat 2 dan dua artikel, “Whipping up an appetite, Mongolian pork ribs” di mukasurat 4 and “Authentic prime pork ribs” di mukasurat 7 di ruangan “Ramadan Delights Supplement”.

Manakala pada bulan Februari 2012, akhbar itu menyiarkan satu mukasurat penuh gambar penyanyi antarabangsa Erykah Badu dengan tatu melambangkan “Allah” di bahagian atas payu daranya.

Bagi kedua-dua kesalahan di atas, The Star tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh kerajaan,” katanya, sambil menambah atas kesalahan The Star kali ketiga ini, tindakan tegas mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 perlu dikenakan sebelum rakyat memberontak dan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.

(Visited 71 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest