#AduanRakyat : Jalan Berlubang Di Persimpangan Titan

#AduanRakyat : Jalan Berlubang Di Persimpangan Titan

Susulan daripada isu jalan berlubang yang kini sedang tular di Facebook, satu lawatan ke Lokasi Kejadian telah diadakan oleh YB Dato’ Hajah Normala Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Turut hadir bersama adalah YDP MPPG dan Jurutera Daerah Johor Bahru.

Tarikh : 28/5/2017 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Di Hadapan Persimpangan Titan, Pasir Gudang

Jalan berlubang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang sepanjang 11 kilometer bermula dari Kampung Pasir Putih sehingga ke Jalan Pekeliling akan diperbaiki dan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad berkata kerja baik pulih tersebut membabitkan kos sebanyak RM800,000.

“Sebenarnya kerja pembaikan jalan telahpun bermula dan jadual kerja sepatutnya di mulakan di Johor Port tetapi disebabkan perkara ini sudah tular, jadi kita pindahkan kerja-kerja tersebut ke sini dahulu bagi menjamin kesejahteraan pengguna di sini.”

“Perkara ini sudah lama dalam perhatian kita, cuma kerja-kerja ini melibatkan tender dan penganugerahan kontrak yang mengambil masa yang lama,” katanya selepas meninjau ke lokasi kejadian di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini hari ini.

 

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest