TERIMA KASIH ATAS ANUGERAH INI – @Farkhan30

TERIMA KASIH ATAS ANUGERAH INI – FARKHAN

Pertama sekali saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada WBC kerana memberi anugerah ini kepada saya.

Sejujurnya, saya berterima kasih, merendah diri dan bersyukur untuk menjadi penerima anugerah ini.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih juga kepada semua yang menyokong sepanjang perjalanan karier saya. Khusus kepada keluarga yang dikasihi, rakan karib, pasukan FH Promotions yang hebat, semua warga Malaysia serta yang terakhir dan utama sekali kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menjadi penyebab saya berdiri di sini pada ketika ini.

Saya datang dari negara yang kecil, tetapi saya berjanji kepada anda semua di suatu hari nanti saya akan mencapai kejayaan lebih besar dan orang akan mula mengenali negara saya.

Ini hanya permulaan, saya sudah memiliki banyak pencapaian, tetapi saya masih ada impian yang mahu dicapai.

Terima kasih.

Muhamad Farkhan Mohd Haron, Peninju Profesional

 

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66