Program Pemuliharaan Terumbu Karang Pertama Di Tunamaya Beach & Spa Resort, Pulau Tioman.

Program Pemuliharaan Terumbu Karang Pertama Di Tunamaya Beach & Spa Resort , Pulau Tioman.

Care Luxury Hotels & Resorts (Care Luxury CARES), Jabatan Taman Laut Malaysia, Reef Check Malaysia dan National Dive League (NDL)  sedang memulakan program pemulihan terumbu pertama  “Keep The Coral Floral”. Projek itu akan dijalankan selama 9 bulan dan diadakan di Tunamaya Beach & Spa Resort , Pulau Tioman.

Program tiga hari itu  diadakan dari 24 April 2017 hingga 26 April 2017 di resort berkenaan.  Program ini bertujuan untuk melindungi dan memulihara terumbu karang di sekitar Tunamaya Beach & Spa Resort , Pulau Tioman dengan menggunakan ‘Coral Structures Frame’ rekaan terbaru  yang  disumbangkan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia.

“Oleh kerana keadaan laut mampu merosakkan terumbu karang, jadi  kami mula mencari jalan penyelesaian yang berkesan  bagi memastikan  ‘Coral Floral’ ini dapat kita pelihara dan melindunginya untuk generasi akan datang agar mereka dapat menikmati keindahan alam semula jadi. “kata  Encik Mohd Yahya Hamsain, selaku Ketua Projek Care Luxury CARES.

National Dive League (NDL) Ketua Diver dan Pengajar , Mr John Low Teng Boon berkata  apabila bingkai ditanam, mereka akan memantau pertumbuhan batu karang dan ianya adalah satu proses yang sangat penting untuk memastikan pertumbuhan yang sihat.

“Walaupun terumbu karang  ini mempunyai daya tahan yang kuat, mereka masih memerlukan bantuan.  Inilah sebabnya mengapa kita di NDL dan  Care Luxury Hotels & Resorts (Care Luxury CARES bekerjasam untuk menanam bingkai ini untuk mengelakkan kerosakan berlanjutan  kepada batu karang di sini.

“Terdapat lebih daripada 400 spesies batu karang dan lebih 500 spesies ikan di sini. Walau bagaimanapun, aktiviti penangkapan ikan yang berlebihan, pembangunan pantai, perubahan iklim dan pencemaran telah menyebabkan ancaman serius kepada terumbu karang dan hidupan laut yang lain,” tambah beliau.

Sejajar dengan usaha ini, Cik Norliza Jailani, Pengarah Operasi Tunamaya Beach & Spa Resort Pulau Tioman berharap Tunamaya Beach & Spa Resort,  Pulau Tioman akan mewujudkan kesedaran dalam memelihara terumbu karang dan akhirnya mencipta industri mampan eko-pelancongan di samping melindungi warisan semula jadi di pulau ini.
Pegawai di Jabatan Taman Laut, Encik Shahabudin  dan Pengurus Program Reef Check Malaysia  Alvin Chelliah juga mengingatkan  mengenai kepentingan terumbu karang untuk generasi yang akan datang.  Mereka juga berkongsi bahawa  terumbu karang ini seperti hutan hujan  dan laut dan ianya adalah kunci untuk kelangsungan hidup di laut, oleh itu ia adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga “Coral Floral ” mereka mahu mengekalkan keindahannya untuk generasi yang akan datang menikmati keindahan Pulau Tioman.

Seramai 40 penyelam dari Tunamaya Beach & Spa Resort, National Dive League (NDL, dan  Pasukan Sukarelawan Care Luxury Hotels & Resorts (Care Luxury CARES) yang terdiri daripada rakan media mengambil bahagian dalam pembersihan terumbu karang  sepanjang tiga hari.

 

Tentang Care Luxury Hotels & Resorts

Care Luxury Hotels & Resorts ditubuhkan  bagi tujuan  menjadi pemimpin dalam Hospitality Asia dengan menumpukan kepada segmen perniagaan dan percutian tetamu  melalui portfolio atau jenama kami di lokasi-lokasi strategik di seluruh Asia.

Kami komited untuk memaksimumkan potensi dan  bekerja dengan masyarakat tempatan dan menjalin hubungan yang kukuh dengan rakan kongsi perniagaan kami. Kami berdedikasi untuk memastikan tetamu menikmati penginapan dan mencipta kenangan baru.

 

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 84 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66