MUAR Bukan Lagi ‘Bandar Pencen’

MUAR BUKAN LAGI ‘BANDAR PENCEN’

Oleh Nuh Ikhwan

Tahun ini genap lima tahun Muar digelar Bandar Diraja selepas pengisytiharan rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 25 November 2012, bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.

Pengisytiahran tersebut telah mengubahkan gelaran Bandar Maharani yang diberikan Maharaja Abu Bakar sejak 1884 dan detik bersejarah itu ternyata memberikan kebanggaan kepada rakyat di daerah ini.

Bagaimanapun, gelaran Bandar Diraja itu telah memberikan satu cabaran besar kepada pembangunan ekonomi di Muar kerana ia terikat dengan syarat pembangunan Bandar Diraja.

“Muar ini kalau orang kenal (dulu) sebagai bandar pencen. Kalau lihat ekonominya, kadar biasa tak naik dan tak turun sebab dikategorikan bandar pencen tapi bila jadi Bandar Diraja usaha naikkan taraf ekonomi dah mula.

“Dalam peringkat naikkan taraf ekonomi masayarakat Muar khususnya, ada pembangunan baru tapi terikat dengan syarat pembangunan Bandar Diraja antaranya rumah bertingkat tak boleh lebih 7 tingkat, pusat hiburan kalau tak silap kena dalam lingkungan 3 batu radius dari pentadbiran kerajaan negeri di Muar.

“Bila syarat itu tak sama, untuk naikkan taraf ekonomi juga tak sama dengan daerah lain. Tapi Alhamdulillah baru-baru ini MB dah umum projek mega untuk rakyat Muar, dah dilancarkan Taman Perbadanan Islam Negeri Johor dimana kebanyakkannya tertumpu pada bumiputera,” kata Pengerusi Permuafakatan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Muar, Datuk Ashari Md Sarip.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Muar itu berkata, fokus utama pihaknya adalah untuk menaikkan taraf ekonomi golongan muda yang dilihat lebih agresif dalam perniagaan atas talian (online).

Bagi parti UMNO pula, pelaksanaan projek perumahan rakyat dan menunaikan janji-janji dalam pilihan raya umum lalu menjadi keutamaan dalam usaha membangunkan bandar Muar seiring dengan konsep Bandar Diraja.

“Masa program lawatan Parlimen MB, dalam sesi penerangan MB, Muar berkemajuan hadapi PRU14 dimana kita dah beri penerangan sebahagian janji yang dah ditunaikan sementara yang belum tertunai dah dibawa kepada kepada perhatian MB. Tapi 70 peratus janji-janji kita dalam PRU13 telah ditunaikan

“Masalah di Muar, bila saya pernah utarakan kepada kerajaan negeri dan Majlis perbandaran, kebanyakan harga rumah di Muar ini naik kerana yang beli itu pelabur. (Mereka) Tak duduk disini. Ini beri impak kepada rakyat Muar,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai projek Taman Perbadanan Islam Negeri Johor, Ashari menjelaskan projek perumahan dan bangunan komersial di atas tanah seluas 70 ekar di Jalan Halidi itu membantu Bumiputera meningkatkan sosio ekonomi mereka.

Jelasnya lagi, pemilikan harta orang Melayu di bandar Maharani difahamkan hanya sekitar 15 peratus sahaja disebabkan faktor harga rumah yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh Bumiputera.

“Jadi inisiatif kerajaan negeri, bina perumahan rakyat, rumah mampu milik hampir 700 unit, rumah kos sederhana lebih kurang 1300 unit termasuk bangunan komersial. Ini kerjasama GLC Perbadanan Islam Johor bersama syarikat swasta.

“Orang Melayu (akan) dikumpulkan dan naikkan taraf sosio ekonomi Bumiputera dimana inkubator-inkubator akan dibina untuk usahawan bumiputera berniaga; Lot-lot kecil untuk perniagaan bumiputera dengan sewaan yang murah.

“Harganya itu menakjubkan di mana rumah mampu milik ditawarkan pada harga RM40 ribu, RM80 ribu, dan RM150 ribu, dan kerajaan negeri beri subisdi pada harga itu.

“Pembangunan yang bukan rizab Melayu terlalu banyak dan yang rizab Melayu ini terlalu sedikit. Jadi tak seimbang, bila begitu secara automatik harga pembangunan semakin mahal,” ujarnya.

(Visited 19 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This