Malaysia Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik

PUTRAJAYA, 24 Mei – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada 21 Mei 2017. Peluru berpandu tersebut yang merupakan pelancaran kedua dalam tempoh seminggu menggambarkan penentangan berterusan DPRK terhadap semua seruan supaya ia menghentikan program nuklear dan peluru balistiknya. Tindakan DPRK ini sekali lagi secara jelas mencabuli resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia membantah dengan tegas tindakan provokatif DPRK ini yang akan hanya mengeruhkan lagi situasi yang sudah sedia tegang di Semenanjung Korea dan memberi kesan serius terhadap usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Sehubungan itu, Malaysia menggesa DPRK untuk menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu dan mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsanya seperti yang dimaktubkan menerusi resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia menyeru DPRK untuk kembali komited terhadap dialog dan rundingan secara aman, bagi tujuan memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan dunia secara amnya.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

 

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66