[Video] Sebutan Semula Kes Latif Bandi 5 Julai 2017

JOHOR BAHRU, 23 Mei – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bekas exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah yang didakwa atas 33 pertuduhan berbeza membabitkan rasuah hartanah bernilai RM 30.3 juta.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan tarikh berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khazrin Haffiz Khalil.

Terdahulu, Khazrin Haffiz memohon agar mahkamah membenarkan tarikh sebutan semula yang dicadangkan bagi memastikan segala dokumen yang lengkap dihantar sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Abdul Latif diketuai oleh Datuk Salehuddin Saidin, Datuk Khairul Anwar Rahmat Abdul Rahim Ali, Ibrahim Haikal Razak dan Hafez Zalkapli manakala Amir Shariffuddin diwakili Azrul Z Stork dan Hazza Khalid.

Pada 19 April lepas, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi beberapa projek perumahan di sini.

Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif bagi melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 13 Nov 2013 hingga 19 Okt tahun lalu di sebuah bank di Larkin Perdana, di sini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 85 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66