#AduanRakyat : Rumah Terbengkalai, Penduduk Tanggung Bayaran Bank Sejak 4 Tahun Lalu

#AduanRakyat : Rumah Terbengkalai, Penduduk Tanggung Bayaran Bank Sejak 4 Tahun Lalu.

Setahun telah berlalu, sejak kali pertama perkara ini disiarkan dan sehingga hari ini pembeli-pembeli rumah di Taman Setia Indah masih menanti apa tindakan dan bantuan dari pihak kerajaan negeri.

Yang memeningkan kepala para pembeli, bayaran bank perlu dilunaskan setiap bulan, manakala rumah sewa yang di duduki perlu di bayar sewanya juga.

Ada pembeli yang meluahkan penyesalan di facebook, “menyesal beli rumah ni, kalau tau baik duduk bawah jambatan je”.

Rata-rata pembeli tidak puas hati sebab tidak menerima apa-apa pencerahan dari mana-mana pihak.

Dengan pelantikan Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan yang baru YB Datuk Md Jais Sarday, pembeli mengharapkan tindakan yang lebih tegas terhadap pemaju dan rumah di siapkan secepat mungkin bagi mereka menamatkan masalah membayar 2 rumah sebulan.

(Visited 68 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Comment (0)

  1. Saya hairan kenapa banyak pemaju tak dikenakan tindakkan mahupun membela nasib pembeli yg terpaksa membayar rumah yg tidak pasti diterima. Seperti saya, membeli rumah di Bandar Pulai Jaya. Menanggung hutang bank yg banyak hinggakan nama saya dan isteri sudak tidak layak berbuat apa pon. Saya menanggung beban selama 6thun. Rumah dibeli pada 2006 hingga tahun 2014/15 barulah rumah saya siap dibina oleh pihak pemaju yg lain. Tuntutan sepertimana dalam perjanjian jual beli tidak dapat dilaksanakan. Oleh kerana rundingan dari pihak Exco Perumahan dan Pemaju. Situasi “Menang – Menang” disebut dalam rundingan yg menyebelahi pihak Pemaju yg tidak akan membayar sesen pun kepada pembeli yg teraniaya. Entah kenapa segala beban tertumpu kepada pihak Pembeli? Walhal pemaju terlepas hanya nama syarikat dan pengarah sahaja di senarai hitam. Apakah sekiranya anak buah atau isterinya dibolehkan menubuhkan syarikat lain? Perjanjian Menang-menang tidak kepada pembeli… Pembeli kalah dalam segala sudut. Bank tetap akan dapat duit pinjaman serta keuntungan mereka. Pemaju terlepas daripada membayar segala saman mahupun mahkamah sekiranya pembeli membuat aduan kepada mahkamah. Exco hanya keluarkan surat sahaja. Siapa yg menang dan siapa yg kalah? Siapa yg sepatutnya yg menang? Hutang bank tetap pembeli yg kena bayar walaupun kami meminjam. Akan tetapi sekiranya pihak pemaju didenda dan diarahkan membayar 50% daripada tuntutan dalam perjanjian jual beli. Kami pembeli dapat membayar separuh dari pinjaman itu. Tetapi itu tidak akan berlaku. Sedih dan kecewa akan perundingan yg tidak menyebelahi pembeli. Pembeli ini rata-rata tidak kaya mahupun mewah. Hinggakan terpaksa menjual harta kesayangan mereka. Tapi yg disebelah? Hanya tersenyum dan gembira. Fikir-fikirkan dan sila tukar segala perjanjian yg berat sebelah itu.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest