‘Kena terima hakikat PAS tak lagi bersama pembangkang’ – @MuhyiddinYassin

‘Kena terima hakikat PAS tak lagi bersama pembangkang’ – Muhyiddin

Oleh Nuh Ikhwan

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang harus menerima hakikat bahawa PAS sudah lagi tidak bersama mereka.

Oleh itu, Muhyiddin berkata Pakatan Harapan mesti bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

“Yang penting kita kena maju kedepan dan atur strategi kemungkinan akan ada lebih dari dua penjuru,” ahli parlimen Pagoh itu berkata dalam satu sidang media di ibu pejabat PPBM Johor semalam.

Menurut Muhyiddin, ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan pimpinan PAS lewat ini yang memberikan bayangan sedemikian.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin memberikan bayangan PAS bersedia bertahaluf dengan Umno setelah tamatnya tahaluf parti Islam itu dengan PKR.

Bagi Muhyiddin, Pakatan Harapan akan mendapat kelebihan sekiranya PAS benar-benar bertahaluf dengan Umno.

“Bagus untuk kami supaya mudah untuk tentukan sama ada PAS ini mahu jadi bloo ketiga ataupun bersubahat dengan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan Johor yang menyaksikan kehadiran pimpinan negeri keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan.

Hashim sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak menolak kemungkinan menjalinkan tahaluf siyasi dengan Umno pada masa akan datang.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat,” Hashim dipetik sebagai berkata dalam portal Utusan Online.

Hashim berkata pintu PAS terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak dengan syarat kerjasama itu mesti dipimpin oleh Islam.

Sebelum ini, PAS turut menamatkan rundingan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi pilihan raya umum.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest