Sebutan Akhir Kes Remaja Berbasikal 15 Jun Ini – @PolisJohor

Sebutan Akhir Kes Remaja Berbasikal 15 Jun Ini – @PolisJohor
JOHOR BAHRU, 17 MEI – Mahkamah Majistret Trafik, menetapkan 15 Jun ini sebagai tarikh sebutan akhir kes dan penetapan tarikh bicara wanita yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal.

 

Majistret Siti Hajar Ali menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan.

 

Tertuduh, Sam Ke Ting, 22, diwakili peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon dan Faizal Mokhtar.

 

Terdahulu, pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua dokumen yang diperlukan membabitkan kes itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

 

Beliau juga memaklumkan pihak pendakwaan mencadangkan 39 saksi untuk dipanggil dalam prosiding perbicaraan akan datang. Bagaimanapun, Bustaman Menon berkata, pihaknya sudah menerima dokumen yang diserahkan pihak pendakwaan, namun memerlukan masa untuk menelitinya memandangkan membabitkan jumlah dokumen yang banyak.

 

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

(Visited 130 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com