RESPA Digesa Sumbang Pendapat Perkukuh Dasar Keselamatan – @Zahid_Hamidi

RESPA Digesa Sumbang Pendapat Perkukuh Dasar Keselamatan – @Zahid_Hamidi

 

KUALA LUMPUR, 17 MEI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), digesa memainkan peranan dengan menyumbang pendapat baharu untuk memperkukuh dasar keselamatan negara.

 

Beliau berkata ramai ahli RESPA bukan sekadar memiliki pengalaman, malah pengetahuan serta rangkaian di seluruh dunia atau sekurang-kurangnya rantau ASEAN.

 

“Sebagai bekas pegawai kanan polis, anda amat dihormati masyarakat, selain peranan sebagai pemimpin pendapat serta ‘gate keeper’ maklumat, menjadikan peranan kita amat besar dalam menentukan hala tuju dan arah pelaksanaan dasar keselamatan negara.

 

“Dalam soal keselamatan, kita amat buta warna. Kita ketepikan perbezaan etnik, agama, latar belakang dan kebudayaan.

 

“Kita juga tidak harus berkompromi sekiranya keadaan negara kita terancam, khususnya jika berlaku perpecahan antara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kenangan RESPA, semalam.

 

Turut hadir, Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Presiden RESPA, Tan Sri Mohd Ismail Che Rus.

 

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru ahli RESPA membantu polis mengubah persepsi masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Katanya, walaupun indeks jenayah negara menurun dengan drastik, persepsi masyarakat terhadap PDRM tetap tidak berubah dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk memperjelas kepada rakyat mengenai peranan polis.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66