Lebih RM1 Bilion Penambahan Pelaburan Di Johor – @Mustapa_Mohamed

Lebih RM1 Bilion Penambahan Pelaburan Di Johor – @Mustapa_Mohamed

 

JOHOR BAHRU, 17 MEI – Beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa akan menambah pelaburan di negeri ini melebihi RM1 bilion dalam tempoh masa dua tahun akan datang.

 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan itu melibatkan beberapa sektor utama seperti elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta tekstil.

 

Beliau berkata, syarikat berkenaan adalah pemain industri yang telah terlibat dalam pelbagai projek pembangunan di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

 

“Berdasarkan pertemuan dengan pemain industri sedia ada, dijangka pertambahan pelaburan sehingga melebihi RM1 bilion dalam tempoh satu hingga dua tahun.

 

“Pelaburan terbesar adalah daripada syarikat berkaitan tekstil, iaitu D&Y Malaysia Sdn  Bhd,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 12 buah syarikat yang beroperasi di kawasan ini sempena program turun padang ke Forest City, semalam

 

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This