Dasar Haramkan Rokok Aspirasi Penting #TN50 – @Khairykj

Dasar Haramkan Rokok Aspirasi Penting #TN50 – @Khairykj
KUALA LUMPUR, 16 MEI – Kerajaan akan menjadikan dasar mengharamkan rokok di negara ini sebagai aspirasi penting dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata aspirasi berkenaan dapat direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

“Itu keputusan yang bakal kita buat (cadangan haram rokok). Mana-mana saya pergi, sokongan untuk tidak lagi jual rokok pada 2050 seperti Brunei, sangat menerima sokongan.

“Perkara ini akan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Dialog TN50: Wanita Pemacu Negara.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, mentaliti, sikap dan nilai dimiliki rakyat memainkan peranan untuk memastikan keberhasilan TN50. Katanya, cabaran utama dihadapi negara ketika ini adalah untuk mengubah tiga ‘elemen’ berkenaan yang diamalkan secara negatif majoriti rakyat di negara ini.

“Banyak cadangan menyentuh sistem pendidikan, tapi kalau kita nak bergantung pada sistem pendidikan, susah dapat keberhasilan yang menyeluruh.

“Ia memberi beban kepada sistem pendidikan, paling penting adalah (peranan) keluarga, ibu bapa dan masyarakat.

“Perubahan mentaliti juga perlu dibuat menerusi kempen untuk tunjuk sikap tertentu yang perlu diubah, membabitkan isu seperti kebersihan,” katanya.

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest