JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN (KUALA LUMPUR KE JOHOR) 7 – 9 MEI – @PetraJayaMP

JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN (KUALA LUMPUR KE JOHOR) 7 – 9 MEI

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu dari 7 hingga 9 Mei 2017 dengan kerjasama JKR Selangor, JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri Melaka dan JKR Negeri Johor 2017.

Program ini adalah rentetan daripada Program Jelajah FTRoadpedia kedua di Kuantan menggunakan laluan FT68 dan FT 02, manakala Kuantan-Kuala Terengganu menggunakan laluan FT 03.

Program kali ketiga ini mengekalkan konsep jelajah yang akan diketuai dan ‘flag-off’ oleh YB Menteri Kerja Raya bersama-sama Pengurusan Atasan Kementerian dan Ketua-Ketua Agensi dan turut disertai pengamal-pengamal media dan Rakan KKR.

Jelajah kali ini bermula di Kuala Lumpur – Selangor – Negeri Sembilan – Melaka – Johor.

Objektif utama Jelajah FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya 2017 ialah untuk mengubah persepsi rakyat dengan memberi ‘refreshment outlook’ mengenai Jalan Persekutuan yang dibina dan diselenggarakan oleh JKR.

Semoga program ini dapat memberi persepsi positif kepada rakyat tentang keprihatinan dan usaha kerajaan menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan bertaraf tinggi untuk kemudahan rakyat serta dapat membantu meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi.

 

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest