Isytihar Aset Belum Tentu Hapus Korupsi, Ketirisan – @KhaledNordin

Isytihar Aset Belum Tentu Hapus Korupsi, Ketirisan
Oleh Nuh Ikhwan

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengisytiharan aset sahaja tidak akan memastikan korupsi dan ketirisan terhapus.

Sebaliknya, prosedur sesebuah kerajaan itu harus diperkemaskan supaya tiada ruang untuk gejala rasuah dan ketirisan menular.

“Ini kerana, sekalipun berlakunya pengisytiharan harta, sekiranya wujud lakunan dalam prosedur dan peruntukan undang-undang atau birokrasi kita, maka, ketirisan dan rasuah akan tetap berlaku.

“Lihat sahaja di sebuah negeri di utara tanah air. Sekalipun kononnya berlaku pengisytiharan aset, ia tidak menafikan boleh berlaku salah guna kuasa dan isu integriti yang melibatkan pemimpin tertinggi di negeri tersebut,” Mohamed Khaled berkata dalam sesi penggulungan di hari terakhir persidangan Dewan Negeri Johor hari ini.

Beliau turut memerli Gan Peck Cheng (Penggeram – DAP) yang sebelum ini berkata Ikrar Bebas Rasuah barisan kepimpinan negeri Johor yang diketuai beliau bulan lalu sekadar gimik politik.

“Jadi, kalau kita fikirkan kembali, bukannya Ikrar Bebas Rasuah itu yang menjadi gimik politik.

Gesaan mengisytiharkan harta itulah yang sebenarnya satu gimik politik.”

Beliau turut membidas Peck Cheng kerana memperkecilkan ikrar yang diambil oleh beliau dan barisan exco-nya.

“Bagi kita, ikrar sedemikian adalah usaha untuk mengajak kepada kebaikan. Menanam dalam diri setiap penjawat awam, iltizam, bahawa menjadi amanah itu, sangat terpuji. Menyentuh nurani mereka, agar mereka ingat, bahawa mereka pernah berjanji untuk jujur, untuk beramanah dan untuk tidak curang.

“Ia mungkin langkah kecil pada Pengaram, tetapi ia adalah langkah yang membantu melengkapi pelbagai langkah lain dalam usaha kita membasmi rasuah.”

Dalam pada itu, beliau Mohamed Khaled menyelar pembangkang yang sekadar mengkritik langkah-langkah diambil kerajaan negeri tanpa mengusulkan cadangan yang boleh memanfaatkan rakyat.

“Pada mereka, yang betul, yang baik, yang bermanfaat hanyalah apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, atau Selangor atau mungkin juga Kelantan.

“Pemikiran sebegini saya sifatkan bukan sahaja sebagai skeptikal, pesimis dan prejudis. Tetapi ini adalah contoh ‘pemikiran toksik’ atau letusan ‘jiwa toksik’. Ia tebal dengan rasa prejudis. Ia gagal bersifat objektif.”

(Visited 12 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest