‘Tawaran Baru’ Untuk Bangsa Johor – @AyubBinRahmat

‘Tawaran Baru’ Untuk Bangsa Johor – @AyubBinRahmat

 

JOHOR BAHRU, 14 MEI – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat membentangkan 6 tawaran baru yang kerajaan berikan kepada Bangsa Johor, sebagai ucapan terima kasih kepada seluruh Bangsa Johor yang telah meletakkan Barisan Nasional sebagai sebuah Kerajaan yang belum ada penggantinya.

 

Di bawah portfolio beliau yang pertama menawarkan ialah  Dasar Kelestarian Negeri Johor (DKNJ) yang pada hemat saya, sebagai satu jaminan kepada bangsa Johor bahawa sepesat manapun pembangunan di negeri ini, aspek kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar yang mapan, akan terus di pelihara, dan di angkat martabatnya supaya ia menjadi warisan kepada generasi bangsa Johor pada masa akan datang.

 
Yang Kedua,  bagi membolehkan Bangsa Johor terus dapat menikmati Gaya Hidup Sihat, maka Pelan Induk Hub Perubatan Negeri Johor yang sekarang masih di dalam proses kajian, akan disiapkan sebelum akhir tahun ini, akan menjadi sebuah lagi Kerangka Dasar yang membolehkan Bangsa Johor menikmati Gaya Hidup yang Sihat melalui perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan Bertaraf Kelas Pertama.

 

Beliau berkata, yang Ketiga, pendidikan. Kerajaan sedar betapa peri pentingnya pendidikan kepada Bangsa yang gemilang dan terbilang. Atas keinsafan itu, Kerajaan negeri tidak akan sesekali membiarkan Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab berkeseorangan untuk menyediakan Pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

 

Kerajaan negeri akan memberikan komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi bagi meningkatkan kebolehupayaan Perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025) Anjakan 1, iaitu, Johor akan meningkatkan lagi kebolehupayaan guru dan pentadbir pihak sekolah untuk Pembelajaran Alaf Ke 21 (PAK21) dan
Sains, Teknologi dan Matematik Johor (STEM-J). Ini bagi membolehkan Johor berupaya untuk melatih minat dan ransangan pelajar terhadap Sains, Teknologi dan matematik sebagai persediaan menyediakan nisbah yang disasarkan.

 

Yang ketiga, untuk Johor muncul sebagai kuasa ekonomi baru di masa hadapan, persiapan dan penyediaan para pelajar mestilah mengikut acuan dan objektif yang ditetapkan. Itu sebab, amat perlu untuk Kerajaan membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor di dalam mempersiapkan lebih 1,200 orang pelajar setiap tahun yang menguasai dan mahir berbahasa Inggeris, iaitu bahasa Antarabangsa, sebagai persiapan untuk masa hadapan yang lebih cerah.

 

Keempat, bagi mempersiapkan generasi pelapis sebagai pemimpin di masa hadapan, adalah amat penting untuk Kerajaan memainkan peranan untuk menyediakannya. Untuk itu, Johor akan bersungguh-sungguh untuk Merancang, mengkaji, dan melaksanakan Karektor Murid Johor (KrMJ) yang bakal melahirkan pelajar yang berindentiti fizikal seperti rambut dan pakaian, serta kerohanian dari segi ilmu agama, seperti membaca alquran dan berzanji serta menerapkan roh-roh moral yang tinggi melalui bacaan doa yang sama bagi setiap pelajar, dan mempunyai sikap yang positif dan mampu melawan fitnah dan adu domba. Dan yang penting sekali, mengenal sejarah dan budaya negeri Johor itu sendiri.

 

 

Kelima, selain kecemerlangan akademik, Johor telah mempunyai satu visi yang jelas mengenai masa hadapan bangsa Johor sendiri. Melalui KPYPJ dan Johor Skill Hub, para pelajar bangsa Johor yang kekurangan di dalam bidang akademik, maka akan boleh fokus kepada kemahiran. KPYPJ sendiri menawarkan 1400 tempat di pelbagai bidang, manakala Johor Skill Hub akan bersama dengan pimpinan Majlis Belia Negeri Johor dan daerah-daerah, bagi memberi peluang kepada belia di luar sana untuk meneruskan pelajaran di dalam bidang kemahiran.

 

Keenam, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Johor bukan sekadar menyediakan bantuan pelajaran di dalam bentuk pinjaman semata-mata. Selain daripada Biasiswa Kepimpinan Dato Onn(BKDO) untuk pelajar sekolah, pinjaman bagi pelajar di dalam dan luar negara, bantuan seperti Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI) juga ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang dalam pengajian Ijazah Sarjana muda, malah Geran One Off untuk pelajar Sarjana dan PHD juga di tawarkan bagi menarik minat bangsa Johor untuk menimba ilmu.

 

Selain itu juga, Skim Bantuan Pendaftaran, Biasiswa Sukan Atlet Johor, Tabung Latihan Kemahiran Johor, Program English Enrichment Negeri Johor, Jauhar Youth Leadership Camp, dan Program Tuisyen SPM YPJ. Semua ini adalah bentuk tawaran baru Johor kepada bangsa demi memartabatkan taraf dan kualiti pendidikan bangsa Johor di masa hadapan.

 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ucapan penggulungan pada persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest