Pelaburan sektor pembuatan wujudkan 8,587 peluang pekerjaan di Johor – @DatukTee

Pelaburan sektor pembuatan wujudkan 8,587 peluang pekerjaan di Johor
Oleh Nuh Ikhwan

Sebanyak 8,587 peluang pekerjaan dibuka di Johor daripada pelaburan dalam sektor pembuatan, kata exco kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong, angka tersebut datang dari 165 buah projek dalam negeri itu.

“Berdasarkan statistik Mida (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia), RM26.4 bilion pelaburan sektor pembuatan Johor yang terdiri dari 165 buah projek telah mewujudkan sebanyak 8,587 peluang pekerjaan,” kata Tee dalam ucapan penggulungan di Dewan Negeri Johor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Cheo Yee How (DAP-Pengkalan Rinting).

Menurut Tee, Cheo seolah-olah berkata pelaburan di Johor tidak memanfaatkan rakyat tempatan.

Sementara itu, Tee berkata pelaburan asing terus (FDI) di Johor pada 2016 adalah pada sekitar 42%. Ini merupakan dari keseluruhan RM26.4 bilion pelaburan yang masuk kedalam negeri tersebut.

“Apa yang kita bangga, FDI Johor menyumbang sebanyak 41% kepada FDI Malaysia,” katanya lagi.

Tahun lalu, lebih 20 buah negara memilih untuk melabur di dalam Johor, tambah Tee.

Ini termasuk pelabur dari negara Singapura, Cina, Jepun, Itali dan Jerman.

“Sememangnya kerajaan negeri akan terus mengadakan misi perdagangan ke mana-mana pasaran yang berpotensi untuk menarik masuk pelabur yang berimpak tinggi kepada Johor.

“Melalui pendekatan kerajaan yang mesra pelabur, semua pelaburan yang masuk akan dilayan dengan baik.

“Tidak kira mana asal negara mereka. Mereka bagai tetamu kita, layanan baik ini membolehkan mereka mempromosikan Johor di peringkat global,” kata Adun Pulai Sebatang itu.

(Visited 89 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66