Larian Obor Kuala Lumpur 2017 Bermula Di Johor –

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 Bermula Di Johor

 

JOHOR BAHRU, 14 MEI – Larian Obor Kuala Lumpur 2017 sempena sambutan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke – 9, memulakan siri jelajahnya di Johor Bahru, hari ini.

 

Johor menjadi negeri pertama memulakan Larian Obor yang dilepaskan dari Dataran Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat hingga ke sempadan Kulai yang berakhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

 

Obor bagi Kuala Lumpur 2017 itu dibawa sejauh kira-kira 15 kilometer ke UTM dengan lebih 300 peserta menyertai acara larian itu.

 

Acara pelepasan disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman sebagai wakil rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Abdul Gani Abdul Rahman.

 

Selepas Johor Bahru, obor itu akan dibawa melalui beberapa daerah lain sepanjang lebih 200 kilometer di Johor termasuk Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

 

Kira-kira 1,000 warga Johor akan menyertai Larian Obor KL2017 di Johor.

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66