K’jaan negeri Johor enggan bina trek untuk ‘Mat Lajak’ – @DatoZulkurnain

K’jaan negeri Johor enggan bina trek untuk ‘Mat Lajak’

Oleh Nuh Ikhwan

Kerajaan negeri Johor belum berhasrat untuk membina trek basikal bagi kegunaan aktiviti basikal lajak yang semakin popular dikalangan remaja.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata kerajaan negeri tidak boleh menuruti setiap kehendak masyarakat sedangkan ia mungkin memberikan lebih banyak kesan negatif di masa hadapan.

Beliau turut berkata kerajaan negeri enggan mengiktiraf aktiviti basikal lajak sebagai sukan ekstrem kerana tidak mahu ia berlarutan kepada lumba motor haram pula.

“Kita tidak mahu aktiviti basikal lajak ini akan menjadi asas kepada penularan lumba motorsikal kepada remaja ini apabila meningkat usia mereka.

“Kita faham sifat remaja yang kreatif, suka mencuba dan mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara baru.

“Namun kita juga punya pilihan sama ada mahu memberi galakan ataupun mahu melarang sesuatu aktiviti itu terus menular sekiranya ianya member lebih banyak kesan yang negatif,” Zulkurnain berkata ketika sesi penggulungan hujah dalam persidangan Dewan Negeri Johor.

Malah, Zulkurnain berkata aktiviti ini belum pasti akan berkekalan ataupun sekadar menjadi ikutan trend semasa yang akhirnya akan menjadi pembaziran buat kerajaan negeri sekiranya trek terus dibina.

Terdahulu, Zulkurnain berkata ramai yang tidak perasan permulaan aktiviti basikal lajak ini sehingggalah ianya meragut nyawa beberapa remaja dalam satu kemalangan ngeri pada Feb lalu.

Beliau menasihatkan remaja-remaja yang meminati sukan esktrem untuk berkecimpung di dalam sukan lasak yang lain dimana kerajaan negeri telah menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk aktiviti tersebut.

Antara sukan yang disebutkan oleh Adun Sri Medan itu ialah Basikal BMX, Papan luncur, memanjat tembok dan juga flying fox.

Dalam kejadian 18 Feb lalu, lapan remaja maut dalam sebuah kemalangan melibatkan sekumpulan remaja yang sedang berbasikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66