70 Negara Sertai Tilawah Al-Quran – @dsjamilkhir

70 Negara Sertai Tilawah Al-Quran – @dsjamilkhir

 

KUALA LUMPUR, 14 MEI – 70 negara bakal menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59, yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mulai esok sehingga Sabtu ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata daripada jumlah itu, 22 negara mengambil bahagian bagi kategori Tilawah al-Quran, manakala 24 negara dijemput bagi kategori hafazan.

 

Katanya, bagi kategori Tilawah al-Quran, Malaysia diwakili Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dari Wilayah Persekutuan dan Normalina Alias dari Negeri Sembilan, manakala kategori hafazan diwakili Mohamad Syazani Jemy dari Johor dan Nur Amalina Azharuddin dari Melaka.

 

Jamil Khir berkata, majlis tahun ini dihakimi 15 orang hakim dari pelbagai negara meliputi Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.

 

Masyarakat di seluruh dunia boleh menyaksikan program ini menerusi live streaming di web televisyen Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan melayari laman sesawang www.tvjakim.my .

 

 

(Visited 34 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com