Tiada Lagi Kenderaan Halang Jalan Di Surau Austin Perdana

Tiada Lagi Kenderaan Halang Jalan Di Surau Austin Perdana

 

JOHOR BAHRU, 12 MEI – Jemaah di Surau Austin Perdana, Taman Mount Austin menunaikan solat Jumaat sebentar tadi dalam keadaan tenang.

 

Dilihat, semua jemaah memberikan kerjasama dengan meletak kenderaan secara teratur dan lebih tersusun serta tidak ada yang menghalang laluan di pekarangan surau berkenaan.

 

Malah sebuah kain rentang turut dipasang di depan surau berkenaan supaya tidak meletak kenderaan sesuka hati sekali gus tidak menghalang lalu lintas.

 

Dalam kejadian selepas solat Jumaat minggu lalu, beberapa jemaah memukul seorang pemandu kereta, Toh Chai Eun, kerana membunyikan hon semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

(Visited 52 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com