Pengganas Turki Diusir Dari Malaysia – @PDRMsia

Pengganas Turki Diusir Dari Malaysia – @PDRMsia

 

KUALA LUMPUR, 12 MEI – Tiga lelaki warga Turki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas pada 2 dan 4 Mei lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang, telah diusir ke negara asal mereka.

 

 

Mereka ditahan pada 2 dan 4 Mei lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga mereka, Turgay Karaman, 43; Ihsan Aslan, 39 dan Ismet Ozcelik, 58, turut disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Turki.

 

Ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan kumpulan ‘Fetullah Terrorist Organization’ (FETO), yang diwartakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Kerajaan Turki dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

 

 

“Dokumen perjalanan mereka juga sudah dibatalkan oleh kerajaan Turki, sekali gus kehadiran mereka di Malaysia adalah tidak sah dan berstatus Pendatang Tanpa Izin (PATI),” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

 

 

Selain itu, Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau anasir pengganas asing yang menjadikan Malaysia sebagai pusat logistik, tempat perlindungan, pengumpulan dana atau pangkalan operasi.

(Visited 10 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This