Ad banner

Jom Makan Ulam-Ulaman – @DatoAhmadIshak

Jom Makan Ulam-Ulaman – @DatoAhmadIshak

 

JOHOR BAHRU 11 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang menjalankan pencarian 1,001 jenis ulam-ulaman yang terdapat di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, usaha itu dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang khasiat ulam-ulaman kepada kesihatan.

“Setakat ini kita telah mengenal pasti sebanyak 202 jenis ulam-ulaman yang biasa kita dengar seperti pegaga, ulam raja, jering dan sebagainya.

“Namun sebenarnya masih terdapat banyak ulam-ulaman yang masyarakat tidak tahu seperti daun sekentut, daun kaduk dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi walkabout Program Promosi Lebihkan Makan Ulam-Ulaman Sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di sini hari ini.

Ahmad berkata, sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak penerbitan buku untuk menerbitkan buku 1,001 ulam-ulaman tersebut beserta menu.

 

(Visited 10 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This