102 Pelajar Positif Dadah – @Shaharudin Bin Sharif

102 Pelajar Positif Dadah –  @Shaharudin Bin Sharif

JOHOR BAHRU, 12 MEI – Seramai 102 pelajar di negeri ini didapati positif ujian saringan air kencing disyaki terlibat dengan penggunaan dadah sejak awal tahun ini hingga bulan lalu.

Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata, ujian tersebut dilakukan secara rawak melibatkan 179 sekolah.

Beliau berkata, walaupun peratusan yang didapati positif itu kecil berbanding jumlah keseluruhan lebih 600,000 pelajar daripada 1,180 sekolah, namun perkara itu perlu diberikan perhatian dengan memberikan bantuan kepada pelajar berkenaan.

“Kita sentiasa menjalankan program pencegahan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi ceramah dan sesi kaunseling. Malah pelajar yang dikenal pasti terlibat dadah ini disediakan program khusus selain dipantau rapi kaunselor sekolah.

“Selain masalah dadah, kita juga mengenal pasti sebanyak 16 kes berkaitan gengsterisme dicatatkan sejak awal tahun ini hingga April lalu. Sepanjang tahun lalu, sebanyak 33 kes dicatatkan meningkat secara mendadak berbanding tahun sebelumnya, iaitu tujuh kes sahaja,” katanya selepas mesyuarat Kempen Anti-Gengsterisme dan Anti-Narkotik, baru baru ini.

(Visited 12 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This