Perutusan Sambutan Ulangtahun Ke-71 UMNO – @KhaledNordin

Perutusan Sambutan Ulangtahun Ke-71 UMNO – @KhaledNordin
JOHOR BAHRU, 11 MEI – Tujuh dekad lalu, UMNO tampil sebagai sebuah gerakan massa yang melahirkan kesedaran orang Melayu, bahawa kemerdekaan dan kebebasan itu adalah hak dan kemuliaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato Mohamed Khaled bin Nordin, berkata, sepanjang tujuh dekad selepas itu, UMNO cekal memaknakan
kemuliaan tersebut dengan pelbagai pengisian kemerdekaan. UMNO menjadi pengerak bangsa dan negara.
“UMNO membina amalan bernegara yang baik dan bersistematik. UMNO menyantuni dan membangunkan orang Melayu agar berdaya saing. Malah, UMNO menjadi pencorak amalan demokrasi yang dipimpin kesederhanaan, keterbukaan dan keterangkuman.
“Namun, menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke 71, UMNO harus lebih realistik dan terbuka. UMNO tidak boleh terus sekadar menjadi arkib atau penglipur lara. Yang menyimpan nostalgia dan leka bercerita tentang sejarah panjang tanahair ini dan bagaimana UMNOlah yang ikhlas memperjuangkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata UMNO mesti mula melihat keadaan sekeliling dan mendengar seruan serta tuntutan perubahan. Yang bukan sahaja hadir dari segenap penjuru negeri. Tetapi, yang turut bergema di dalam UMNO itu sendiri.

UMNO harus memulakan secara serius ikhtiar mencari naratif terbaik untuk terus memimpin bangsa dan negara ini. UMNO mesti bersedia bertutur dalam langgam bahasa perubahan.

“UMNO mesti berani mendekati anak muda dan generasi milenium. Malah, UMNO mesti berupaya mempamerkan kematangan dan kepimpinan yang menjawab cabaran hidup abad ke-21.

“Saya harap, kita semua akan terus bersama-sama mendukung dan memberi kekuatan kepada UMNO. Agar, UMNO mempunyai keterujaan dan keunggulan baharu untuk ditawarkan kepada orang Melayu dan negara Malaysia. Biar UMNO ini menjadi jawapan kepada sebuah masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66