Pembangkang Sudah Ketandusan Idea – @N56_Suhaimi

Pembangkang Sudah Ketandusan Idea – @N56_Suhaimi

 

 

ISKANDAR PUTER, 11 MEI – Adun Kukup, Suhaimi Salleh menyifatkan bahawa pembangkang sudah ketandusan idea apabila pembangkang cuba menampakkan seperti kerajaan mempunyai masalah.

 

Beliau berkata, pembangkang keliru antara surplus dalam pembelanjaan dengan pengurangan pendapatan.

 

“Kalau Kerajaan Negeri Johor menunjukkan pengurangan pendapatan saban tahun, kita boleh boleh cakap kerajaan memang ada masalah untuk mendapatkan hasil bayar pengurusan, tapi pendapatan kita bertambah sepanjang tahun,” katanya.

 

Bagi beliau kerajaan telah menguruskan kewangan dengan baik dan sentiasa surplus.

 

“Saya dapat lihat Adun Jementah sudah ketandusan idea, dia tiada isu sebenarnya.

 

“Dia mengulas itu hanya mahu menggunakannya sebagai senjata untuk serang kerajaan,” beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.

(Visited 58 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com