Kontrak Berasaskan Prestasi Bantu Kerajaan Negeri Pantau Syarikat Kontraktor- @HasniMohammad1

Kontrak Berasaskan Prestasi Bantu Kerajaan Negeri Pantau Syarikat Kontraktor – @HasniMohammad1

ISKANDAR PUTERI, 11 MEI – Datuk Hasni Mohammad Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, berkata, perubahan kaedah penyelenggaraan jalan negeri daripada konvensional kepada kontrak berasaskan prestasi dapat membantu Kerajaan Johor memantau syarikat yang diamanahkan dan kontrak itu dilakukan sejak 2015.

Katanya, dua syarikat dilantik bagi menjalankan kerja penyelenggaraan 2,300 kilometer jalan negeri di seluruh Johor iaitu Amona Infra Care Sdn Bhd dan Teto Engineering Sdn Bhd. Setiap syarikat ini diberi tanggungjawab menyelenggara lima daerah iaitu Amona Infra Care melakukan kerja selenggara di Segamat, Muar, Tangkak, Kluang dan Batu Pahat manakala Teto Engineering ditugaskan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Mersing.

“Peruntukan Amona Infra Care membabitkan RM83.26 juta manakala Teto Engineering sebanyak RM47.62 juta sejak tahun 2015 sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Hasni berkata, penekanan kaedah kontrak berasaskan prestasi membolehkan kerja selenggara jalan negeri di seluruh Johor dapat dilakukan dengan lebih efisyen berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.
Selain itu, Adun Benut itu berkata, pada tahun lalu kerajaan negeri menyelenggara dan menampal seluas 34,824 meter persegi jalan berlubang membabitkan peruntukan kira-kira RM799,897 sebulan.

(Visited 24 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest