Cadangan ADUN Kempas Tangani Anak-Anak Bermasalah – @TPJ1

In this video

Cadangan Bantu Anak-Anak Lebih Disiplin

ISKANDAR PUTERI, 9 MEI – Susulan kemalangan lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam pada Februari yang lalu, Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, ADUN Kempas, memberi beberapa cadangan agar perkara buruk itu  tidak akan berulang di masa yang akan datang.

Adun Kempas itu berkata, anak-anak muda merupakan pemimpin yang akan datang dan jika mereka ini tidak dikawal maka siapa yang akan mengambil alih pucuk pimpinan yang akan datang.

Terdapat beberapa cadangan yang harus kerajaan lakukan bagi membantu anak-anak ini lebih berdisiplin antaranya, adakan tempat riadah yang selamat dan terkawal di mana ibu bapa mereka mengetahui dimana mereka berada.

“Seterusnya, menyediakan satu pusat pemulihan  yang mana jika ibu bapa tidak mampu lagi untuk mengawal anak-anak mereka, maka mereka boleh dihantar ke pusat ini untuk menjalankan latihan dan pendidikan bagi mendisiplinkan mereka.

“Dan kepada pemandu yang melanggar 8 remaja berkenaan harus dibawa ke muka pengadilan,” beliau berkata kepada pemberita selepas Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau juga memberi peringatan kepada pendakwa raya agar mengambil kes ini dengan lebih serius kerana masa yang diberikan untuk mereka melakukan kajian sudah lama dan kertas kerja juga sudah pun diberikan.

Akhir kata, beliau menjunjung titah Sultan Johor mengenai peraturan atau pindaan yang  harus dilaksanakan, janganlah kerana hendak menghadapi pilihanraya    kerajaan menangguhkan pelaksanaan-nya kerana apa juga keputusan pilihanraya kelak, pindaan peraturan itu akan tetap dikenakan.

 

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 148 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66