Perpaduan Kunci Kejayaan Johor – @KhaledNordin

Perpaduan Kunci Kejayaan Johor – @KhaledNordin

 

JOHOR BAHRU, 10 MEI – Sempena menyambut Hari Wesak hari ini, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, salah satu kekuatan negeri Johor yang bukan sahaja dibanggakan oleh rakyat Johor, malah dikagumi orang luar, adalah toleransi dan keupayaan kita menguruskan kepelbagaian.

 

“Di sebalik segala perbezaan agama, bangsa dan bahasa ini, ia tidak menjadi pemisah untuk setiap warga Johor terus berinteraksi dan saling memahami.  Atas dasar dan semangat inilah, kita sentiasa bersama-sama menghormati dan meraikan pelbagai perayaan yang ada di negara ini.

 

“Hari ini, kita bersama-sama menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Wesak yang disambut oleh semua penganut Buddha di Johor, malah di seluruh Malaysia. Pada kesempatan seperti ini, marilah kita mengambil ruang untuk terus membuang segala unsur dan anasir yang boleh merenggangkan kita,”katanya.

 

Beliau berkata , perpaduan yang terbina ini adalah hasil muafakat dan keupayaan untuk bertolak ansur, yang terbina atas rasa keinsanan dan ketinggian pekerti sesama manusia.

 

Khaled Nordin mengingatkan, janganlah sesekali membiarkan sebarang tindakan yang emosional, melampau dan tidak bertanggungjawab menjadi pencetus pergeseran yang boleh merosakkan keharmonian kaum di Johor.

 

“Cara Johor adalah dengan memastikan kebebasan dan kerencaman budaya dan agama terus dipertahankan dengan sewajarnya.

 

“Jadi, saya secara peribadi dan mewakili seluruh jentera Kerajaan Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di mana sahaja anda berada. Semoga hari ini membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada semua rakan dan saudara kita di Johor yang menyambutnya,” beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

 

(Visited 14 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66