Sajian ‘Citarasa Bonda’ Bufet Ramadan Hotel Granada Johor Bahru

Sajian ‘Citarasa Bonda’ Bufet Ramadan Hotel Granada Johor Bahru – @HotelGranadaJohorBahru @careluxuryhotels

 

Bagi  menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan tidak lama lagi, pihak Hotel Granada Johor Bahru,  seperti mana  hotel lain yang ada di sekitar Johor Bahru, Granada  tidak ketinggalan menawarkan hidangan bufet buka puasa yang pasti akan memukau selera pengunjungnya.

Tahun ini di Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru,  ini mengangkat konsep ‘Citarasa Bonda’ sepanjang bulan Ramadan dari 1 Jun hingga 21 Jun 2017.

 

Bertemakan warung atau stall, ianya pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza di samping pelanggan dapat melihat sendiri juadah yang disediakan oleh cef-cef berpengalaman dan berbakat secara ‘live’, di bawah didikan Cef Eksekutif,  Muhamad Zaim.

 

Menu bufet utama  akan berubah setiap hari berdasarkan 6 menu  termasuk Masakan Cina, Masakan Melayu dan India, seperti Asam Pedas, Dim Sum, Rendang, Dhalca dan banyak lagi.

 

Bermula dengan minuman dan ‘Kurma, pihak hotel  akan merangsang selera tetamu dengan pelbagai pilihan pembuka selera dengan aneka Kerabu seperti Kerabu Nangka, Kerabu Mangga, dan pilihan yang sihat seperti, Ulam Raja, Petai, dan Kacang Panjang . Tetamu yang sukakan kepedasan akan berpuas hati dengan pilihan dalam Sambal Belacan, Sambal Kicap dan Sambal Ikan Bilis.

 

Disamping itu, bagi yang gemarkan pencuci mulut, pihak Hotel Granada Johor Bahru turut menghidangkan pencuci mulut yang diwarisi sejak turun-temurun seperti seperti Kuih Tradisional Melayu, Dodol, Wajik dan  Bubur Kacang Hijau.

 

Hotel Granada Johor juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat dengan pakej yang menarik dengan hanya RM68nett seorang bagi sekumpulan 50 orang dan ke atas.

 

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet  dari Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru bulan Ramadhan ini

 

Jika berminat anda boleh membuat  tempahan  dengan menghubungi 072318888 atau layari [email protected]

 

(Visited 31 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This