Luaskan Kawasan Penampan Untuk Aktiviti Pertanian – @HasniMohammad1

Luaskan Kawasan Penampan Untuk Aktiviti Pertanian – @HasniMohammad1

 

ISKANDAR PUTERI, 9 MEI – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad, mengemukakan cadangan agar memperluaskan kawasan penampan untuk aktiviti pertanian.

 

“Kita dapati aktiviti pertanian dikawasan tadahan samada tanaman jangka panjang seperti sawit atau kebun sayur, mereka telah menggunakan baja yang mengandungi kimia yang dianggap boleh memberi kesan jangka panjang, sekiranya memasuki kawasan tadahan.

 

“Kita merasakan kawasan penampan 50 meter ini tidak mencukupi dan sebab itu BAKAJ, memberi cadangan kepada kerajaan untuk memperluaskan lagi penampan ini daripada 50 meter kepada 500 meter,” katanya.

 

Beliau juga berkata usaha ini akan diadakan di 14 empangan yang telah diwartakan dan lagi 3 akan menyusul di kawasan negeri Johor.

 

Adun Benut itu berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13, semalam.

(Visited 39 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com