KKM Tubuh Satu Jawatankuasa Khas Untuk Siasatan Kebakaran HSA – @AyubBinRahmat

In this video

Laporan Penuh Insiden Kebakaran HSA Dijangka Diperoleh September Ini – @AyubBinRahmat

 

ISKANDAR PUTERI, 9 MEI –  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata, laporan penuh punca insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 25 Oktober tahun lalu, dijangka diperoleh September ini.

 

“Kementerian Kesihatan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Bebas Insiden Kebakaran Wad ICU HSA  untuk prosiding laporan penuh kebakaran tetapi keputusan siasatan punca kebakaran belum dimuktamadkan kepada pihak hospital setakat ini,” katanya.

 

Pelbagai prosedur harus dilakukan oleh jawatankuasa khas ini

 

“Pelbagai aspek yang perlu dilihat, tidak hanya melibatkan bagaimana ia terbakar tetapi mungkin ianya berlaku disebabkan kecuain atau sebagainya dan itu adalah proses biasa yang akan ditanya,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, semalam.

 

Ayub berkata, HSA turut melaksanakan audit kebakaran empat kali setahun yang mana usaha pembaikan akan dibuat berdasarkan audit berkenaan.

 

Katanya lagi, langkah lain termasuk mengemas kini Pelan Tindakan Bencana Dalaman (Kebakaran) HSA yang diwujudkan sejak 2012 bagi memenuhi perubahan dan keperluan di hospital berkenaan.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 22 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This