Pelaksanaan Enakmen Lambang, Gelaran Dan Anugerah – @AyubBinRahmat

In this video

Pelaksanaan Enakmen Lambang, Gelaran Dan Anugerah – @AyubBinRahmat

 

JOHOR BAHRU, 8 MEI – Kerajaan Negeri akan menguatkuasakan sepenuhnya Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 bagi mencegah penggunaan tidak wajar berkaitan lambang, gelaran dan anugerah sekali gus sebagai usaha memartabatkan institusi diraja di Johor ini dan membanteras kegiatan penyalahgunaan elemen itu. bermula 1 Julai ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, individu yang didapati menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun.

 

Ayub berkata, tiada pihak dibenarkan menggunakan kurniaan berkenaan tanpa kebenaran bertulis dari Sultan Johor termasuk penggunaan bagi tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan, profesion, sosial atau persendirian.

 

“Ini termasuk membuat, menempah, menghasilkan dalam apa-apa bentuk lambang atau anugerah atau replikanya dalam apa-apa cap dagangan atau rekabentuk.

 

“Termasuk membuat bagi tujuan menjual, mempamer untuk jualan apa-apa lambang, gelaran dan anugerah serta mempamer atau melekatkan apa-apa lambang ini atau replikanya pada kenderaan,” katanya.

 

Ayub berkata, lain-lain kesalahan yang turut termaktub di bawah enakmen itu termasuk menggunakan gelaran atau anugerah yang ditarik balik, menggunakan gelaran atau anugerah yang bukan hak serta memberi, menerima dan menggunakan lambang yang tidak diiktiraf.

 

“Mana-mana pihak yang menggunakan gelaran atau anugerah yang buka hak dan memberi, menerima atau menggunakan lambang , gelaran dan anugerah yang tidak diiktiraf  juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen ini termasuk membuat lambang atau tanda kebesaran yang tidak diiktiraf serta memiliki peralatan membuat lambang atau tanda kebesaran tidak diiktiraf.

 

“Jika sabit kesalahan individu tersebut boleh didenda tidak kurang RM100,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau denda tidak kurang setahun dan tidak lebih tiga tahun,” katanya.

 

Dalam pada itu katanya, enakmen berkenaan telah diluluskan pada 9 Mac dan diwartakan pada 16 Mac manakala Pekeliling Am Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan enakmen itu telah dikeluarkan dan berkuatkuasa pada 2 Mei.

 

“Kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberikan tempoh selama 60 hari sebagai ‘cooling period’ mulai tarikh pekeliling dikeluarkan dan enakmen akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Julai.

 

“Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan oleh pihak polis dan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kebenaran penggunaan jata kerajaan negeri boleh memohon menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri manakala lain-lain lambang dan anugerah boleh dikemukakan kepada Jabatan Diraja Johor,” tambah beliau.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke 13, di sini hari ini.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 11 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This