Sambutan Terhadap Bas Muafakat Dan Jumlah Kos Yang Ditanggung Kerajaan Negeri dan PBT – @JaisSarday

Sambutan Terhadap Bas Muafakat Dan Jumlah Kos Yang Ditanggung  Kerajaan Negeri dan PBT – @JaisSarday

 

JOHOR BAHRU, 7 MEI – Datuk Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menjawab soalan yang diajukan oleh Adun Machap, Abd Taib Bin Abu dan Adun Penggaram, Puan Gan Peck Cheng mengenai sambutan rakyat terhadap perkhidmatan Bas Muafakat Johor dan kos yang terlibat dalam Projek Perkhidmatan Bas Percuma bandar Batu Pahat dan kos yang ditanggung Kerajaan Negeri dan PBT.

 

“Sejak perkhidmatan Bas Muafakat Johor memulakan operasi pada 1 April tahun lalu, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum.



 

“Sambutan rakyat Johor ini boleh diukur melalui penjualan Kad Muafakat Johor dan jumlah imbasan kad ketika menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor,” katanya.

 

Beliau juga berkata bagi kos operasi perkhidmatan Bas Muafakat Johor di laluan di luar Wilayah Iskandar Malaysia, kos akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor sebanyak 70% dan juga Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak 30%.

 

“Kerajaan Negeri menanggung sebanyak RM4,550,000.00 manakala PBT menampung sebanyak RM1,950,000.00. Secara keseluruhan kos operasi berjumlah RM6,500,000.00.

 

“Bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat, jumlah kos 70% tanggungan Kerajaan Negeri ialah RM321,295.05 dan jumlah 30% yang ditanggung PBT ialah RM137,697.88,” tambahnya lagi.

 

Adun Mahkota itu berkata demikian ketika Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13.

 

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.