Kemudahan Pinjaman Sukarkan Pemilikan Rumah Mampu Milik – @M Asojan Muniyandy
JOHOR BAHRU, 7 MEI – Adun Gambir, Datuk M Asojan berkata beliau mengesyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar melihat cara pemilikan rumah rumah melalui sistem sewa beli yang dipraktikkan pada rumah PPRT itu diperturunkan kepadaa Rumah Mampu Milik Johor.
“Sebenarnya masalah pemilikan rumah bukan pada asasnya pada rumah tetapi pada kemudahan pinjaman tersebut ataupun kebolehmilikan berdasarkan kekuatan kewangan seseorang.
“Jadi apabila kekuatan ini tidak kukuh, jadi seseorang itu tidak dapat memiliki rumah,” katanya.
Cadangan beliau untuk memastikan bahawa mereka yang berpendapatan rendah dah sederhana lingkungan bawah RM3,000 ini boleh membeli rumah secara sewa beli.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Johor itu berkata kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13, hari ini.