Agar Diluluskan Pelebaran Jalan Di Sengkang, Gambir – @ M Asojan Muniyandy

Agar Diluluskan Pelebaran Jalan Di Sengkang, Gambir – @ M Asojan Muniyandy 

 

 

JOHOR BAHRU, 7 MEI –  Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk melebarkan 4 buah jambatan di jalan Sengkang, Gambir.

 

Adun Gambir, Datuk M  Asojan  meminta agar Kerajaan Negeri melebarkan pula jalan di Sengkang agar memberi kegunaan yang lebih selesa kepada orang ramai.

 

“Hasrat saya sebenarnya mahu memberi peluang kepada pembangunan yang lebih meluas di kawasan Sengkang yang dahulunya agak terpencil, “ katanya.

 

Beliau juga berkata, pembangunan itu telah berlaku apabila pembinaan Rumah Mampu Milik sebanyak 180 unit akan terlaksana di jalan berkenaan, beliau berharap Kerajaan Negeri dapat meluluskan jalan berkenaan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Johor itu berkata kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13, hari ini.

 

(Visited 9 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This