Checklist Akujanji Bn Johor Pru13 Membina Dan Menaik Taraf Jalan Utama Dan Jalan Kampung – @BNJohor

Checklist Akujanji Bn Johor Pru13 Membina Dan Menaik Taraf Jalan Utama Dan Jalan Kampung – 

 

JOHOR BAHRU, 7 MEI – Kerajaan Barisan Nasional Johor sentiasa prihatin dan komited terhadap kemudahan rakyat terutama dalam aspek jaringan dan jalinan jalan utama dan jalan kampung bagi memudahkan proses kemajuan.
BN Johor telah menyediakan pelbagai inisiatif yang proaktif bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku demi membina sebuah negeri yang berkemajuan dan berkesejahteraan.

 

Inisiatif adalah mencakupi:

 

1) MEMBINA DAN MENAIK TARAF JALAN UTAMA SEGAMAT-TANGKAK

– RM711.1 juta bagi bina dan naik taraf jalan utama Segamat-Tangkak sepanjang 49 km melalui fasa 1 hingga 4.

 

2) MENAIK TARAF LEBUH RAYA PASIR GUDANG

– Fasa 1: RM140.4 juta, melibatkan susur keluar Kangkar Tebrau ke Plentong sepanjang 8km (Telah siap dibina)

-Fasa 2: RM164.3 juta melibatkan persimpangan Plentong-Sri Alam, berhampiran Taman Rinting sepanjang 7.7KM (Dalam pembinaan)

 

3) MENAIK TARAF JALAN-JALAN KAMPUNG

– Peruntukan 150 juta untuk 1028.27 km jalan kampung sedia ada dilebarkan kepada 4.2m.(melebihi sasaran Aku Janji PRU-13 iaitu 1000 km jalan kampung)

 

4) PEMASANGAN LAMPU JALAN KAMPUNG SECARA BERPERINGKAT

– 2013 hingga 2016 sebanyak 15,900 unit lampu jalan kampung telah siap dipasang.

 

5) SISTEM PEMETAAN DIGITAL JALAN KAMPUNG

– Johor negeri pertama yang mempunyai Sistem Pemetaan Digital Jalan Kampung merangkumi pemetaan 4,000 jalan kampung.

 

6) MENAMBAH PERHUBUNGAN BARU JALAN-JALAN KAMPUNG

– 112.19km jalan kampung baharu berjaya dibina dalam tempoh 4 tahun iaitu tahun 2013 sepanjang 21.69km, 2014 sepanjang 3.6km, 2015 sepanjang 71.1km dan pada 2016 pula sepanjang 58.8km telah dibina.

 

7) PENYELENGARAAN JALAN -MENINGKATKAN KECEKAPAN & KEBERKESANAN OPERASI

– Status kerosakan berkala berjaya diturunkan sebanyak 4.61% kepada 0.32%.

– Status jalan baik telah meningkat iaitu pada tahun 2013 sebanyak 39.59% dan tahun 2016 sebanyak 57.2%.

 

 

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This