Tingkatkan Kualiti Kehidupan Jadi Aspirasi Belia – @Khairykj

Tingkatkan Kualiti Kehidupan Jadi Aspirasi Belia – @Khairykj
KUALA LUMPUR, 5 MEI – Penerapan nilai hidup bermasyarakat dan kesedaran menjaga keseimbangan alam sekitar adalah antara aspirasi disuarakan kira-kira 1,000 belia profesional yang menghadiri wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Wacana yang menampilkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai moderator perkongsian ilmiah itu sarat dengan lontaran pelbagai cadangan bagi mencorak hala tuju Malaysia.
Keinginan belia untuk melihat rakyat Malaysia lebih mementingkan alam sekitar dan menggalas tanggungjawab itu berbanding meletakkannya di bahu kerajaan semata-mata antara aspek yang hangat diperkatakan sepanjang dua jam wacana berkenaan berlangsung.

Khairy berkata, belia sebagai generasi pelapis mahu masyarakat yang ketika ini menerima kesan ledakan teknologi maklumat disuntik nilai hidup bermasyarakat bagi memastikan pembangunan tidak mencetuskan jurang perpaduan.
“Walaupun dahagakan kemajuan, belia masih ingin lihat masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan mempunyai sikap timbang rasa, saling mengambil berat dan memiliki minda berteraskan komuniti,” katanya ketika merangkumkan program Sembang TN50, semalam.
Wacana bertajuk: ‘Profesional Muda Industri Pembinaan’ itu turut menampilkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai panel, selain disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kontraktor dan profesional muda dalam industri pembinaan dari dalam serta luar negara.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Cadangan lain yang diutarakan menerusi penganjuran wacana itu adalah menggubal dasar supaya produk, tenaga dan warisan tempatan dijadikan keutamaan dalam setiap pembinaan bangunan.

Peningkatan kualiti kehidupan untuk segenap rakyat juga perlu dijadikan teras keutamaan kerajaan dalam merangka pembangunan kerana kawasan kediaman sedia ada disifatkan tidak menyuntik sebarang kecenderungan aspek komunikasi antara masyarakat.

(Visited 23 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66