Pastikan Proses Pencetakan Al–Quran Dan Kitab Agama Patuhi Syariah

Pastikan Proses Pencetakan Al–Quran Dan Kitab Agama Patuhi Syariah

 

 

JOHOR BAHRU, 5 MEI – Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) gusar kerana semakin ramai penerbit dan kontraktor Melayu menyerahkan kerja mencetak al-Quran, kitab serta bahan bacaan berasaskan agama kepada pencetak bukan Islam.

 

 

Timbalan Presiden persatuan itu, Datuk Mohamed Zakaria Naina Mohamed, berkata ia menimbulkan pelbagai persoalan termasuk aspek pengendalian semua terbitan berkenaan sama ada mengikut hukum syarak atau tidak beretika hingga mencemarkan kesucian agama.

 

 

PPPMM meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti dan menangani perkara itu sebelum berlarutan.

 

 

“Ini termasuk mewujudkan klausa baharu dalam Akta Mesin Cetak sekiranya perlu dengan menetapkan kerja mencetak apa sahaja kitab agama dan bahan bacaan berkaitannya mesti dilakukan oleh pencetak Melayu bertauliah serta berdaftar dengan PPPMM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

 

Pada masa sama, katanya Kementerian Kewangan perlu mengetatkan aspek pematuhan mana-mana pihak terhadap pekeliling kementerian itu berhubung keutamaan yang mesti diberi kepada pencetak Bumiputera bagi kerja mencetak ditawarkan kerajaan.

 

 

PPPMM turut meminta Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri melakukan pemantauan terperinci di premis percetakan bagi memastikan prosesnya mematuhi syariah.

 

(Visited 10 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest