Mencari Sumber Baharu Yang Lebih Konsisten – Sultan Johor

Mencari Sumber Baharu Yang Lebih Konsisten – Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 5 MEI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan segala aktiviti lawatan ke luar negara yang tidak mendatangkan faedah kepada kerajaan negeri mesti dihadkan.

“Kita mesti mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berusaha untuk menambah hasil dengan mencari sumber baharu yang lebih konsisten.

“Pada tahun lalu, kerajaan berjaya mengutip hasil RM1.66 bilion dan mengawal perbelanjaan tidak melebihi pendapatan hingga mampu mempunyai lebihan hasil sebanyak RM119 juta,” titah baginda.

Sultan Ibrahim juga mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri yang terus berjaya mengekalkan prestasi pengurusan kewangan dengan cemerlang pada 2016 sekali gus berjaya merekodkan lebihan hasil selama enam tahun berturut-turut.

“Tahniah saya ucapkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam pembangunan ekonomi negeri,” titah baginda.

“Kejayaan yang dicapai menunjukkan Johor ada kelebihan dan meyakinkan pelabur dari dalam dan luar negara. Saya percaya satu hari nanti, visi negeri Johor untuk menjadi pusat ekonomi utama di rantau ini akan dapat dicapai,” titah baginda.

Titah baginda disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembukaan penggal kelima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, semalam.

 

(Visited 51 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66