Mempergiatkan Program Latihan Bantuan Kecemasan Go-To-Safety-Point – @PDRMsia

Mempergiatkan Program Latihan Bantuan Kecemasan Go-To-Safety-Point – @PDRMsia

 

JOHOR BAHRU, 5 MEI –  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Johor mempergiatkan program Latihan Bantuan Kecemasan Go-To-Safety-Point (GTSP) di semua stesen minyak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan.

 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata GTSP adalah antara inisiatif kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), memupuk kerjasama polis dengan masyarakat bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan komuniti.

 

Beliau berkata, sebanyak 228 stesen minyak dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam di Johor sudah berdaftar bagi program berkenaan, sekali gus memudahkan mereka mendapat dan menyediakan bantuan awal ketika kecemasan.

 

“Polis mendapati penjenayah sering menjadikan stesen minyak sebagai lokasi sasaran. Menerusi pendedahan khusus mengenai teknik penyampaian bantuan kecemasan, ia sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan program Kempen Keselamatan bersama IPD Iskandar Puteri di Stesen Minyak Petron, Nusa Bestari, semalam. Yang turut hadir, Pengurus Operasi Jualan Runcit Petron Malaysia, Mohd Shaibi Ahmad.

 

GTSP turut berperanan menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa jenayah menerusi ruang ‘De-stress Corner’ bagi membantu mangsa dan memberi rawatan awal.

 

(Visited 38 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest